00:00Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tungku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjeru
00:09umat Islam terus menjadikan Al-Quran perdoman utama dalam membentuk peribadi berahlak mulia, berilmu dan berintegriti dalam setiap aspek kehidupan.
00:18Baginda berdua menzahirkan harapan agar nilai muni terkandung dalam Al-Quran seperti keadilan, kasih sayang, kejujuran dan kesederhanaan dapat terus
00:28diamalkan dalam masyarakat bagi memupuk perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan negeri serta negara.
00:36Titah Baginda berdua yang dimuat naik di Facebook Kesultanan Pahang, peristiwa Nuzul Quran merupakan detik penting dalam sejarah umat Islam.
00:43Ini kerana ia menandakan turunnya wahyu pertama kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh manusia.
00:54Dalam hantaran itu, Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat menyambut Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khususnya di Pahang.
01:03Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang menoakan sambutan Nuzul Quran tahun ini menjadi ruang untuk umat Islam memperkukuh keimanan,
01:11memperbanyak amalan membaca, memahami serta menghayati kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Comments