00:00Pencawang elektrik baharu di kampung Takis Papar dijangka memberikan bekalan elektrik yang lebih stabil kepada penduduk setempat.
00:10Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup KPDN, Dato' Armizan Mahmoud Ali berkata,
00:15pencawang berkenaan telah siap dibina pada 26 Februari lalu dan kini dalam fasa pemindahan beban daripada pencawang asal.
00:25Kemudahan itu dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang awal April ini.
00:30Jelas Ahli Parlimen Papar itu, pembinaan pencawang tersebut dilaksanakan susulan aduan penduduk berhubung isu kesusutan Volton di bawah paras nominal
00:39216 volt di kawasan berkenaan sejak sekian lama.
00:44Menurutnya keadaan itu memberi kesan kepada penggunaan elektrik harian penduduk serta menyebabkan kerosakan peralatan dan risiko berlakunya litar pintas.
00:53Beliau berkata demikian selepas meninjau projek berkenaan sebelum menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid As-Sobirin di Papar.
01:01Dalam perkembangan berkaitan, Armizan berkata Sabah Electricity Sendirian Berhad telah menyiapkan empat projek pencawang elektrik baru di kawasan Parlimen Papar
01:11tahun lalu.
01:11Antara lokasi terlibat ialah kampung Beringis, kampung Sekayan, kampung Kawakahan dan kampung Sagang bagi mengatasi masalah gangguan bekalan elektrik di
01:21kawasan tersebut.
01:22Beliau turut mengalakkan penduduk menyalurkan aduan rasmi kepada Sabah Electricity atau Pejabat Parlimen Papar sekiranya berdepan masalah sama bagi membolehkan
01:32tindakan lanjut diambil.
Comments