00:00Parlimen perlu memainkan peranan lebih kukuh dalam memantau suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM.
00:07Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, ini bagi memastikan integriti SPRM terus terpelihara dan keyakinan rakyat terhadap usaha memerangi
00:17rasuah kekal terjamin.
00:20Katanya kuasa yang diperuntukkan kepada SPRM di bawah akta sediada sepatutnya menjadi senjata memerangi rasuah.
00:28Bagaimanapun dalam keadaan tertentu, ia boleh mewujudkan persepsi bahawa seseorang individu boleh diperlakukan bersalah hanya kerana terlibat dalam persaingan politik
00:39atau berani bersuara.
00:40Nurul Izzah berkata mungkin terdapat asas bagi sesuatu siasatan dijalankan termasuk berkaitan perjanjian bernilai RM1.1 bilion antara kerajaan dan
00:52Arm Holdings selain usaha mendapatkan semula dana yang diperoleh secara tidak sah bagi memulihkan tabung negara.
00:59Namun katanya cara pengendalian sesetengah siasatan yang dijalankan secara keras, mendedah dan menyebab alamat kediaman peribadi kepada umum walaupun dikatakan
01:09sebahagian daripada SOP, ia perlu kebertanggungjawaban yang lebih tinggi.
01:15Berhubung dawaan kewujudan Mafia Koprat serta isu pegangan saham peribadi pesuruh jaya, Nurul Izzah berkata ia memerlukan jawapan yang telus.
01:25Tegasnya mekanisme semak imbang yang lebih kukuh perlu diwujudkan termasuk mengukuhkan pengawasan parlimen terhadap SPRM.
01:34Menurutnya laporan berkala kepada parlimen membolehkan wakil rakyat menilai kerja suruhan jaya.
01:39Manakala badan seperti jawatan kuasa kira-kira wang negara PAC atau jawatan kuasa pilihan khas parlimen PSC yang khusus boleh
01:48meneliti dasar, prosedur serta keputusan penguatkuasaan.
01:53Katanya pengawasan sedemikian tidak akan mengganggu siasatan, sebaliknya membantu memastikan undang-undang yang mentadbir SPRM berkembang.
Comments