Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
China merekodkan lebih 150 juta lawatan pelancong masuk pada tahun 2025 dengan peningkatan melebihi 17 peratus berbanding tahun sebelumnya, didorong dasar pengecualian visa dan kemudahan pembayaran yang lebih baik untuk pelawat antarabangsa.
Transcript
00:00China mencatat lebih 150 juta lawatan pelancong masuk pada tahun 2025. Angka itu menunjukkan peningkatan lebih 17% berbanding tahun
00:11sebelumnya.
00:12Menteri Kebudayaan dan Pelancongan China, Sun Yeli berkata, pertumbuhan itu didorong oleh dasar pengecualian visa dan kemudahan transit tanpa visa
00:21yang diperkenalkan negara itu.
00:55Pada masa sama, kemudahan pembayaran untuk pelawat antarabangsa turut menunjukkan,
01:00peningkatan ketara, terutama melalui penggunaan pembayaran mudah alih.
01:04Tahun lalu, perbelanjaan pembayaran mudah alih oleh pelawat masuk mencecah kira-kira 80 bilion yuan.
01:11Pilihan membeli belah bagi pelancong antarabangsa juga terus berkembang daripada produk elektronik seperti telefon pintar,
01:17drone dan peranti realiti maya kepada produk budaya, kreatif serta barangan koleksi popular.
01:23Antara aktiviti popular lain pelancong termasuk menaiki kereta api berkelajuan tinggi,
01:28menonton pertunjukan cahaya drone, mencuba urutan tradisional China, memakai hanfu serta menikmati hidangan hotpot.
Comments

Recommended