00:00Negara tuan rumah bersama Meksiko membentangkan pelan keselamatannya untuk Piala Dunia FIFA hanya dua minggu selepas tercetusnya keganasan di negara
00:08Amerika Utara itu berikutan pembunuhan seorang ketua kartel dadah.
00:13Kerajaan Meksiko pada Jumaat, umum lebih 100 ribu askar, pegawai polis dan anggota pasukan keselamatan swasta selain drone, pesawat tentera
00:22dan anjing pengesan bahan letupan akan dikerahkan untuk memastikan kelancaran acara itu pada musim panas.
00:31Menurut pihak berkuasa, 3 hingga 4 kumpulan keselamatan akan ditubuhkan di semua lokasi utama Piala Dunia termasuk stadium, hotel pasukan,
00:40lapangan terbang dan zon peminat.
00:43Perlawanan pembukaan Piala Dunia dijadualkan berlangsung pada 11 Jun di Ibu Negara Meksiko.
00:48Sebanyak 13 perlawanan akan diadakan di Meksiko City, Guadalajara dan Montreux.
00:53Terdahulu gelombang keganasan meletus pada 22 Februari di beberapa negeri di Meksiko, berikutan kematian ketua kartel dadah Nemesio Oseguera Cervantes
01:03juga dikenali sebagai El Menjo dalam operasi menangkapnya.
01:07Kenderaan dibakar dan sekatan jalan raya haram dilakukan dan mengorbankan lebih 70 orang.
01:13Kekecohan itu terjadi hanya beberapa bulan sebelum Piala Dunia FIFA menimbulkan kesangsian terhadap kesesuaian Meksiko sebagai tuan rumah yang bersama
01:23Amerika Syarikat dan Kanada.
01:25Kerajaan Meksiko bagaimanapun memberi jaminan keselamatan, pasukan dan pelawat.
01:30Maks Beacurean Piala Dunia
01:31www. rash
Comments