Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Empat pemain itu antara tujuh yang dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana memalsukan dokumen naturalisasi dan kelayakan untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia.
Transcript
00:00Empat pemain saingan Liga Malaysia, Liga M, tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan rasmi sepanjang tempoh 12 bulan.
00:08Ia susulan keputusan Mahkamah Timbang Tarasukan, CAS, dalam rayuan kes tujuh pemain warisan Harimau Malaya baru-baru ini.
00:19Liga Bola Sepak Malaysia, MFL, dalam kenataan pada Sabtu berkata,
00:23empat pemain itu terdiri daripada tiga tonggak Johor Darul Taqzim JDT iaitu Joao Figueredo, John Irazabal dan Hector Havel serta
00:31pemain Kuching City FC, Gabriel Palmeiro.
00:35MFL, dalam kenataan, sahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM, berhubung keputusan CAS.
00:43Pemakluman itu menyatakan tujuh pemain warisan berkenaan tetap dikenakan penggantungan selama 12 bulan,
00:49namun ia hanya terpakai untuk perlawanan rasmi dan bukan semua aktiviti berkaitan bola sepak.
00:56Empat pemain itu antara tujuh yang dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA
01:00kerana memalsukan dokumen naturalisasi dan kelayakan untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia.
01:07Pada Khamis lalu, CAS sebahagiannya membenarkan rayuan tujuh pemain itu terhadap hukuman FIFA
01:12dan memutuskan mereka tetap dikenakan penggantungan selama 12 bulan serta denda 350,000 Swiss Franc,
01:19kira-kira 1.8 juta ringgit terhadap FAM adalah wajar, setimpal dan tetap berkuat kuasa.
01:27Berdasarkan kenataan dikeluarkan, larangan untuk bermain pelawanan bermula pada 5 Mac 2026,
01:32mengambil kira tempoh dari 25 September 2025 hingga 26 Januari 2026,
01:37di mana penggantungan telah dilaksanakan secara berkesan.
01:42Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended