Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Hospital berkapasiti 58 katil itu akan digunakan sebahagiannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Transcript
00:00Sarawak bakal memperkenalkan model baharu penyediaan fasiliti penjagaan paliatif menerusi hospital berkapasiti 58 katil yang dibangunkan oleh Kuching Life Care
00:10Society.
00:11Fasiliti itu akan digunakan sebahagiannya oleh Kementerian Kesertaan Malaysia, menjadikannya model pertama di negara ini yang mana kemudahan dibina pihak
00:19swasta, dimanfaatkan untuk perkhidmatan awam.
00:24Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kuihian berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 35 katil akan digunakan oleh Kementerian Kesihatan
00:32bagi memperluas akses rawatan paliatif kepada pesakit di negeri itu.
01:07Dalam perkembangan berkaitan, Sarawak turut memetrai Memorandum Persefahaman MOU bersama Hospice Malaysia bagi memperluas akses kepada perkhidmatan penjagaan paliatif di
01:17seluruh negeri selari peningkatan populasi menua serta penyakit tidak berjangkit NCD.
01:22Kerjasama antara Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak dengan Hospice Malaysia itu dimeterai di Kuching pada Jumaat bagi
01:30mempertingkat latihan profesional, program pendidikan serta perkongsian kepakaran dalam bidang penjagaan paliatif.
01:59Kerjasama itu diharap dapat mempercepat pembangunan kapasiti penjagaan paliatif di Sarawak
02:05sekaligus memastikan lebih ramai pesakit mendapat sokongan rawatan yang bermaruah dan berfokus kepada kesejahteraan hidup.
Comments

Recommended