Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Israel mengesan peluru berpandu dilancarkan dari Iran pada awal pagi Sabtu sebelum melancarkan gelombang serangan balas menyasarkan infrastruktur Iran di Tehran serta sasaran Hezbollah di Lubnan.
Transcript
00:00Israel berdepan lagi dengan serangan peluru berpandu dilancarkan dari Iran pada awal pagi Sabtu dengan beberapa letupan dilaporkan di sekitar
00:08Tel Aviv kerana sistem pertahanan udara negara itu diaktifkan.
00:12Tentera Israel memaklumkan pihaknya mengesan beberapa peluru berpandu dilancarkan dari Iran ke arah Israel sekaligus mencetuskan siren amaran serangan udara
00:20di beberapa kawasan utama.
00:22Media antarabangsa melaporkan antara kawasan yang terjejas termasuk Tel Aviv, Betah Tikbah, Bershibah serta Bet Shemesh.
00:31Di kawasan berhampiran Tel Aviv, sebuah bangunan dilaporkan mengalami kerosakan akibat serpihan peluru berpandu manakala beberapa kebakaran kecil turut dilaporkan.
00:40Serangan di Bet Shemesh dilaporkan paling teruk setakat ini dengan sekurang-kurangnya 9 orang terbunuh manakala serangan lain di Bershibah
00:49menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang cedera.
00:52Beberapa letupan turut kedengaran di Tel Aviv apabila sistem pertahanan udara negara itu diaktifkan bagi memintas peluru berpandu dilancarkan dari
01:02Iran.
01:02Tidak lama selepas itu, serangan tentera Israel memaklumkan ia telah memulakan gelombang serangan balas baru yang menyasarkan infrastruktur Iran di
01:12Teheran.
01:13Israel turut melancarkan serangan di Lubnan dengan menyasarkan kedudukan yang didakwa berkaitan Iran serta kumpulan Hezbollah.
01:22Terima kasih.
01:23Terima kasih.
01:24Terima kasih.
Comments

Recommended