00:00Laporan berikutnya, semua pemilik tanah di Pulau Pinang dinasihatkan berhubung terus dengan pejabat daerah dan tanah masing-masing.
00:07Bagi mendapatkan perjelasan serta mengemukakan rayuan mengenai Kadar Cukai Tanah 2026, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Konyu berkata,
00:16Kadar Cukai Tanah Baharu Pulau Pinang dikira berdasarkan empat kriteria iaitu pengelasan tanah sama ada bandar dan desa, keluasan tanah,
00:25kegunaan semasa serta kadar yang berkenaan.
00:31Menerusi kenyataan pada Sabtu, katanya keputusan kes rayuan yang diterima pejabat daerah dan tanah seusai mesyuarat majlis kerajaan MMK negeri
00:39akan diumumkan pada minggu depan.
00:42Chow berkata pada Januari lepas, kerajaan negeri turut menetapkan Kadar Cukai bagi semua sekolah kerajaan dan persendirian di Pulau Pinang
00:49pada kadar nominal RM50 setiap lot.
00:51Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak pengurusan sekolah untuk tampil ke pejabat tanah bagi memaskini maklumat kegunaan tanah berdasarkan sekolah
00:59bagi tujuan pemberian Kadar Cukai Nominal.
01:01Rabu lepas, Chow berkata, formula kiraan Cukai Tanah selepas semakan Cukai Tanah 2026 dilihat lebih adil dan saksama kepada semua
01:09pemilik tanah di negeri ini tanpa sebarang diskriminasi antara pemilik tanah first grade dan bukan first grade.
01:15Kerajaan negeri telah melaksanakan semakan Kadar Cukai Tanah dan pengelasan tanah desa ke bandar bagi seluruh Pulau Pinang selaras dengan
01:22peruntukan Seksyen 101 Kanun Tanah Negara Akta 828 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari lepas.
01:29Pelaksanaan semakan Kadar Cukai Tanah itu mengibatkan hampir 370 ribu hak milik tanah di seluruh Pulau Pinang, berangkumi pelbagai kategori
01:38dan kegunaan tanah termasuk kategori kediaman, perniagaan, perindustrian, pertanian serta kategori-kategori khas lain.
01:46Terima kasih telah menonton!
Comments