Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Empat dron ditembak jatuh di ruang udara Erbil, ibu kota Wilayah Kurdistan di Iraq, oleh pasukan gabungan tanpa menyebabkan sebarang kematian atau kerosakan besar.
Transcript
00:00Empat drone ditembak jatuh di ruang udara bandar Erbil di wilayah Kurdistan, Irak.
00:05Agensi Berita Emirates, WEM melaporkan pasukan gabungan berjaya memintas keempat-empat drone tersebut di ruang udara ibu kota wilayah itu.
00:14Insiden itu disahakan perkhidmatan mencegah kekenasan di wilayah berkenaan pada Jumaat.
00:19Menurut kenyataan pihak berkuasa serpihan salah satu drone terjatuh di dataran berdekatan sebuah hotel di Erbil.
00:25Insiden itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kematian atau kerosakan harta benda.
00:29Terdahulu pihak berkuasa Irak mengumumkan dua drone ditembak jatuh di luar sebuah kemudahan penting di Basra di selatan negara itu.
00:36Namun jenis kemudahan yang menjadi sasaran dalam insiden tersebut tidak didedahkan.
00:41Insiden terkini berlaku di tengah peningkatan ketegangan keselamatan di rantau Asia Barat.
Comments

Recommended