Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Tempoh siasatan lebih panjang diperlukan memandangkan kes ini berkait dengan konteks keganasan meskipun wujud desakan daripada beberapa kelompok 'pejuang' hak asasi untuk polis tidak menggunakan SOSMA dalam menjalankan siasatan terutama kepada individu di bawah umur.
Transcript
00:01Tindakan pihak polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 SOSMA bagi menyiasat kes membebitkan enam remaja lelaki termasuk
00:11tiga di bawah umur kerana disyaki terlibat aktiviti berorientasikan ideologi Daesh adalah bagi memastikan siasatan secara menyeluruh dapat dilaksanakan.
00:20Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan tempoh siasatan lebih panjang diperlukan memandangkan kes berkait dengan keganasan meskipun
00:30wujud desakan beberapa kelompok pejuang hak asasi supaya polis tidak menggunakan SOSMA terhadap individu di bawah umur.
00:37Beliau menjelaskan berdasarkan siasatan awal dan maklumat yang diperoleh daripada peranti milik suspek, pihak polis mendapati individu yang ditahan mengetahui
00:48mengenai risiko penglibatan mereka dalam aktiviti keganasan pada usia berkenaan.
00:53Jadi dalam konteks ancaman keselamatan terutama yang mengambil pendekatan keganasan, tentunya polis memerlukan tempoh yang lebih panjang untuk melengkapkan jalan
01:05-jalan terutama kalau melibatkan gerakan serantau, terpaksa menghubungi pihak berkuasa negara jiran dan mereka harus kemudian melakukan profiling, mengesahkan pula
01:19maklumat intelijen kita.
01:20Kalau melibatkan pula beberapa pelaku yang berpengkalan di luar negara. Jadi proses ini tak mungkin selesai dalam tempoh 2-3
01:30hari remat, tak mungkin. Sekalipun dia umur 17 atau 18.
01:37Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri program penerapan nilai-nilai murni dan sambutan Nuzul Al-Quran Perikad Negeri
01:45Kedah 2026 di Dewan Keperasi Mukim Sidam Kanan Padangserai malam tadi.
01:51Beliau turut memaklumkan bahawa penahanan kesemua suspek adalah susulan daripada risikan yang dijalankan cawangan khas sejak sekian lama, selain pemantauan
02:01aktiviti di media sosial serta beberapa aplikasi dalam talian.
02:05Pada Jumaat, Ketua Polis Negara Datuk Seri Muhammad Khalid Ismail memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia PDRM menumpuhkan cubaan menghidupkan semula
02:16ideologi kumpulan Peganas Daesh di negara ini
02:19dengan penahanan 6 remaja termasuk 3 di bawah umur menerusi operasi khas baru-baru ini.
Comments

Recommended