Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
PPM Wilayah Tiga menahan seorang lelaki berusia 33 tahun di Kuantan selepas menemui rokok seludup bernilai lebih RM2.2 juta. Suspek ditahan ketika memandu sebuah Honda City dan pemeriksaan lanjut menemukan ribuan karton rokok tidak bercukai yang disimpan di sebuah rumah di Pandan Perdana.
Transcript
00:00Pasukan Polis Merin PPM Wilayah 3 berjaya menggagalkan cubaan mengedar rokok seludup bernilai lebih 2 juta ringgit susulan penahanan seorang
00:09lelaki di Kuantan pada Rabu.
00:11Menurut Komanda PPM Wilayah 3, Asisten Komisioner Mohd Hairuddin Jamal, suspek berusia 33 tahun itu telah ditahan sekitar jam 4
00:18petang di Jalan Sungai Soi berhampiran Kampung Melati.
00:23Jelas Kariuddin, ketika ditahan, suspek memandu sebuah kereta Honda City dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Pekan menuju ke Kuantan.
00:32Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit membawa kepada rampasan sejumlah rokok tidak bercukai yang ditemui di tempat duduk penumpang belakang.
00:41Tambah beliau susulan soal siasat yang dijalankan, suspek kemudian menunjukkan lokasi sebuah rumah di kawasan Pandan Perdana yang dijadikan stop
00:49penyimpanan.
00:50Pemeriksaan lanjut di rumah Pekanan menemukan 5,250 katan rokok pelbagai jenama di Syakir Rokok Seluduk.
00:58Selain itu, polis turut merampas dua telefon bimbit kenderaan yang digunakan suspek serta wang tunai berjumlah RM1,225.
01:07Menurut Mohd Hairuddin, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan melebihi RM2.2 juta.
01:14Sementara itu, semakan rekod turut mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan kini direman selama 10 hari bermula Kamis lalu
01:22sehingga 14 Mac bagi membantu siasatan.
01:25Dalam masa sama, beliau meniasatkan orang ramai supaya tidak membeli rokok seludup meskipun harganya lebih murah kerana permintaan yang tinggi
01:33hanya menggalakkan kegiatan penyeludupan.
01:35Tegasnya, PPM akan terus mempergiat usaha membantras jenayah penyeludupan dan meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kepada pejabat PPM
01:45terdekat.
Comments

Recommended