Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Indonesia melarang kanak-kanak bawah 16 tahun memiliki akaun media sosial berisiko tinggi mulai 28 Mac, susulan kebimbangan terhadap kandungan berbahaya, ketagihan digital dan isu keselamatan dalam talian.
Transcript
00:00Indonesia akan mengharamkan media sosial untuk kanak-kanak di bawah umur 16 tahun, kata Menteri Komunikasi dan Urusan Digital, Mutia
00:09Hafid pada Jumaat.
00:10Hafid dalam satu kenyataan kepada media memaklumkan, sudah menandatangani satu peraturan kerajaan yang akan menyebabkan kanak-kanak di bawah umur
00:1916 tahun tidak lagi dibenarkan
00:21mempunyai akaun di platform digital berisiko tinggi termasuk YouTube, TikTok, Facebook, Instagram, Threads, X, Bigolife dan Roblox.
00:32Pelaksanaan akan bermula secara berperingkat mulai 28 Mac sehingga semua platform memenuhi kewajipan pematuhan mereka.
00:42Dasarnya jelas, anak-anak kita menghadapi ancaman yang semakin nyata.
00:46Mulai dari paparan pornografi, perundungan siber, penipuan online dan yang paling utama, adiksi.
00:52Pemerintah hadir agar orang tua tidak lagi bertarung sendirian melawan raksasa algoritma.
00:58Beliau menambah bahawa kerajaan mengambil langkah ini sebagai usaha terbaik dalam keadaan darurat digital
01:05untuk mengembalikan kedaulatan terhadap masa depan kanak-kanak.
01:10Penduduk dan ibu bapa di Jakarta menyambut baik sekatan kerajaan terhadap akses media sosial
01:15terutama kerana kanak-kanak mempunyai akses kepada media sosial melalui telefon bimbit.
01:21Yang lain mencadangkan agar kerajaan turut menyekat laman sesawang berbahaya lain
01:26seperti laman pornografi dan perjudian dalam talian.
01:29Awal minggu ini, Kementerian Komunikasi dan Urusan Digital Indonesia
01:34telah menjalankan pemiksaan mengejut di Pejabat Meta Platforms di Jakarta
01:38berhubung kebimbangan terhadap pengendalian kandungan berbahaya di platform mereka
01:43termasuk Facebook, Instagram dan WhatsApp.
01:46Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata bahawa mulai pemiksaan tersebut
01:51Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat telah mengeruarkan amaran tegas
01:55mengenai tahap pematuhan meta yang rendah terhadap peraturan negara.
01:59Dengan perlaksanaan ini, Indonesia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara
02:04yang menyekat akses kanak-kanak kepada media sosial.
02:08Sekatan akses media sosial untuk remaja bermula di Australia pada Desember 2025.
02:14Syarikat media sosial telah menyekat akses sekitar 4.7 juta akaun
02:19yang dikenalpasti sebagai milik kanak-kanak di Australia.
02:22Negara lain termasuk Spanol, Perancis dan UK juga sedang mengambil
02:26atau mempertimbangkan langkah untuk mengehadkan akses media sosial
02:30bagi golongan bawah umur di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat
02:34bahawa kanak-kanak terjejas akibat pendidahan kepada kandungan media sosial yang tidak dikawal.
Comments

Recommended