Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Amerika Syarikat sedang mempertimbang melonggarkan sekatan terhadap lebih banyak minyak Rusia bagi membantu menstabilkan bekalan global ketika harga minyak meningkat susulan konflik di Asia Barat.
Transcript
00:00Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan melonggarkan sekatan terhadap lebih banyak minyak Rusia bagi membantu menstabilkan bekalan global ketika harga minyak meningkat
00:09susulan konflik di Asia Barat.
00:12Setiausaha Perbendaharaan Scott Besson berkata langkah itu sudah dipertimbangkan selepas Washington sebelum ini memberi kebenaran sementara kepada India untuk membeli
00:20minyak Rusia.
00:21Menurut beliau, terdapat ratusan juta tung minyak Rusia yang dikenakan sekatan masih berada di perairan antarabangsa dan melonggarkan sekatan itu
00:29boleh meningkatkan bekalan pasaran.
00:32Harga minyak mentah melonjak kira-kira 8.5% pada Jumaat dan meningkat hampir 30% sepanjang minggu ini.
00:38Konflik antara Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran serta serangan balas Teheran di rantau teluk turut menjejaskan sektor tenaga global.
00:48Termasuk hampir menumpukan aktiviti ekonomi di Selat Hormuz.
00:51Washington bagaimana pun menegaskan langkah itu bukan bertujuan melonggarkan sekatan terhadap Iran berhubung konflik di Ukraine.
00:58Sebaliknya, hanya melibatkan bekalan minyak yang sudah berada di laut.
Comments

Recommended