Skip to playerSkip to main content
  • 4 weeks ago
Serangan udara AS-Israel dilaporkan membunuh Ayatollah Ali Khamenei, mencetuskan serangan balas Tehran ke atas aset Amerika dan Israel serta menjerumuskan Iran ke dalam krisis kepimpinan dan keselamatan paling serius sejak 1979.
Transcript
00:00Lali waktu ini, Khalis sudah bersedia dengan laporan berkenaan dengan perkembangan di Iran.
00:05Khalis, kongsikan apa yang terkini, apa yang terbaru, apa yang harus kita tahu berkenaan dengan perkembangan di Iran.
00:10Terima kasih Irfan Farouki. Ini perkembangan terkini di Iran.
00:16Kita mulakan dengan jumlah korban akibat konflik ini.
00:19Kalau semalam, angka kematian akibat serangan berterusan, Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran merekodkan 1,283 mangsa.
00:28Hari ini, menurut Bulan Sabit Merah Iran, jumlah itu kini menghampiri 2,000 mangsa.
00:34Dengan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di runtuhan bangunan yang dibom.
00:40Imej satelit menunjukkan kerosakan akibat serangan udara di seluruh Iran sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan pada 28 Februari.
00:50Serangan ini berlaku selepas beberapa bulan ancaman oleh Amerika dengan Presiden Donald Trump menawarkan bantuan kepada rakyat Iran
00:58untuk menyingkirkan pemimpin yang memerintah.
Comments

Recommended