Skip to playerSkip to main content
  • 4 weeks ago
Kenanga Investment Bank berkata pasangan dolar–ringgit kini menghampiri zon terlebih beli (overbought) dan berpotensi menguji purata bergerak eksponen lima hari sebelum kembali stabil sekitar paras 3.94.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, bagi Kenanga Investment Bank, nilai ringgit dijaga terus berada di bawah tekanan berhampiran paras 3.95 berbanding dolar
00:10AS.
00:11Susulan peningkatan ketegangan geopolitik melibarkan AS, Israel dan Iran yang mendorong lonjakan harga minyak global.
00:18Dalam nota prospek Matawang, Kenanga Investment Bank berkata, pasangan dolar ringgit kini menghampiri zon terlebih beli dan berpotensi menguji purata
00:28bergerak eksponen lima hari sebelum kembali stabil sekitar paras 3.94.
00:36Paras itu dijangka memberi sokongan penstabilan jangka pendek kepada ringgit.
00:40Bank pelaburan menjangkakan ringgit kekal tertekan dalam tempoh terdekat dengan julat dagangan antara 3.94 hingga 3.98 berbanding dolar
00:49AS.
00:50Pada penghujung Februari, ringgit sebelum ini mencatat paras setinggi dalam tempoh 8 tahun sekitar 3.8835 berbanding dolar AS meningkat
01:00daripada 3.8995.
01:03Menurut Kenanga, tumpuan pasaran kini beralih kepada data ekonomi AS yang bakal diumumkan termasuk laporan non-farm payrolls dan kadar
01:13pengangguran yang boleh mempengaruhi halatuju jangka pendek dolar.
01:17Pada masa sama, kenaikan harga minyak menimbulkan keraguan. Sama ada rezak persekutuan akan melaksanakan dua kali pemotongan kadar faedah tahun
01:25ini seperti yang dijangkakan sebelum ini.
01:27Ketidaktentuan pasaran yang meningkat turut mendorong pelabur mengurangkan pendedahan terhadap aset berisiko serta menutup posisi jual terhadap dolar AS sekaligus
01:37mengukuhkan mata wang berkenaan.
01:40Walaupun harga minyak yang lebih tinggi berpotensi menyokong ekonomi Malaysia dalam jangka pendek, ringgit kini tidak lagi bergerak seperti mata
01:47wang yang berkait rapat dengan komoditi itu.
01:50Sebaliknya, ia lebih cenderung didagangkan seperti mata wang pasaran sedang pesat membangun yang sangat sensitif terhadap perubahan sentimen pasaran global.
02:00Menurut kenangan lagi, masih terlalu awal untuk menjangkakan pengurangan ketegangan konflik di Asia Barat.
02:05Sekaligus, memberi syarat bahawa harga minyak dan gas berkemungkinan kekal tinggi dalam tempoh terdekat.
Comments

Recommended