Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Usaha memperkasa pelancongan domestik terus dipertingkat apabila enam lokasi ikonik di kawasan yang jarang diketengahkan dipilih sebagai penganjuran program Colour Run sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Transcript
00:00Usaha memperkasa pelancongan domestik terus dipergiat dengan pendekatan lebih inklusif apabila enam lokasi ikonik di kawasan yang jarang diketengahkan dipilih
00:10sebagai lokasi penganjuran program Color Run bersempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
00:16Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ganas Travel and Events Nia Berhad, Ghazali Abdul Rahman, pemilihan lokasi berkenaan dibuat atas kesedaran bahawa
00:26kawasan di luar bandar utama juga mempunyai potensi besar untuk diketengahkan kepada pelancong.
00:33Kita telah memilih enam kawasan-kawasan ikonik. Dia bukan bandar utamalah saya boleh cakapkan sebab kalau kempen Tahun Melawat Malaysia
00:43ataupun program-program Tahun Melawat Malaysia biasa diaturkan macam contoh cita warna, macam contoh hari kemerdekaan dan sebagainya.
00:50Biasa mereka tumpukan bandar-bandar besar, KL. Bandar-bandar yang terpencil-terpencil sikit ni jarang dapat program.
00:58So kami rasa terpanggil. So kami pilih kawasan-kawasan yang jarang orang ketengahkan untuk buat program.
01:06Dan kami bawa konsep Visit Malaysia 2026 ni untuk pastikan pelancongan setempat tu mendapat tarikan di samping acara yang kami
01:17laksanakan.
01:18Untuk pengaturan semua, kami akan laksanakannya di enam lokasi.
01:23Sementara itu, Ghazali memaklumkan bahawa program ini juga dijangka bakal memberi limpahan manfaat kepada ekonomi setempat.
01:30Ini kerana kehadiran pengunjung secara tidak langsung akan meningkatkan permintaan terhadap pelbagai perkhidmatan dan produk tempatan.
01:39Contoh nombor satu paling utama kalau naik kereta mesti isi minyak. Yang nombor dua kalau manusia dia mesti makan.
01:46Itu paling pentinglah kan.
01:47Yang nombor tiga kalau bawa anak dia mesti ada oleh-oleh.
01:50Jadi jajat dia mesti ada.
01:51So secara tak langsungnya, bila kita nak make sure impak ekonomi itu berjalan dengan secara langsung kepada semua sektor dekat
02:03kawasan setempat.
02:04So kita nak make sure benda-benda ni ada.
02:06Macam contoh di event kami besok, contoh di event kami kami akan ada lah selain daripada vendor-vendor sponsor-sponsor
02:12kami, kami juga akan panggil mungkin pengusaha-pengusaha makanan, especially makanan-makanan tradisional.
02:18Kami juga dapat feedback-feedback daripada kawasan-kawasan yang berkenaan mengatakan, oh ini adalah speciality kami.
02:26So kami akan cuba ketengahkan benda-benda itu.
02:28At least boleh bantu peningga-pengusaha kecil, pengusaha-pengusaha kecil.
02:31Beliau berkata demikian dalam program Awani Pagi membincangkan mengenai penganjuran acara larian Color Run sempena tahun Melawat Malaysia 2026.
Comments

Recommended