Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dan kesal atas insiden yang dilihat sengaja menggugat keharmonian negara dan negeri.
Transcript
00:00Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bilashah menzahirkan rasa amat duka cita dan kesal atas insiden yang dilihat
00:08sengaja menggugat keharmonian negara dan negeri.
00:11Baginda menegaskan kekesalan itu termasuk isu terbaharu yang melibatkan seorang mahasiswa daripada sumbah universiti awam di Pahang yang didakwa mencemarkan
00:21Al-Quran.
00:24Tita Baginda, perbuatan tersebut bukan sahaja suatu tindakan yang amat biadab malah penghinaan yang mengguris hati umat Islam serta mencabar
00:33asas keharmonian masyarakat yang dibina atas prinsip saling menghormati.
00:38Al-Sultan Abdullah bertitah berdiam diri bukanlah suatu pilihan apabila agama dihina.
00:43Tegas Baginda, diam dalam keadaan sedemikian mencerminkan lemahnya jiwa dan pudarnya rasa tanggungjawab terhadap maruah.
00:50Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Masjid Baharu Felda Jengke-19 dan memasyhurkannya dengan nama Masjid Tengku Ampuan Pahang Tengku Azizah
00:59Aminah Maimunda Iskandariah, Felda Jengke-19 di Maran pada Selasa.
01:04Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah bertitah agama Islam menuntut ketegasan dalam lingkungan keadilan namun umat Islam tidak boleh membiarkan
01:12penghinaan berlaku dan tidak boleh membalas juga dengan tindakan yang meruntuhkan keamanan.
01:17Baginda turut mengingatkan umat Islam agar terus mempertahankan agama dengan tegas dan pada masa yang sama menghormati pengadilan agama lain
01:24untuk mengamalkan kepercayaan mereka dengan aman.
01:28Sultan Pahang turut menyeru seluruh rakyat beragama Islam di negeri ini agar kembali kepada Al-Quran seperti membacanya, memahami maknanya
01:35dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
01:38Pada 25 Februari lepas, seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang, Al-Sultan Abdullah UMPSA ditahan bagi membantu siasatan kerana disyakin menghina
01:48Islam di media sosial dengan memijak Al-Quran dan dia telah didakwa di Mahkamah Session Kuantan pada Selasa.
01:55Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended