Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengarahkan kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle berlayar ke Mediterranean di tengah ketegangan Iran–Israel–AS. Perancis turut menghantar sistem pertahanan udara dan frigat ke Cyprus selepas pangkalan Britain diserang dron Iran. Macron beri amaran operasi darat Israel akan jadi “eskalasi berbahaya.”

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Perancis Emmanuel Macron telah mengarahkan kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle
00:06untuk belayar ke Laut Mediterranean berikutan ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat.
00:11Dalam ucapan khas kepada rakyat Perancis, Macron berkata langkah itu diambil sebagai persediaan
00:16menghadapi sebarang kemungkinan dalam tempoh beberapa hari akan datang.
00:39Macron terus umumkan penghantaran tambahan sistem pertahanan udara serta kapal frigat Langdok ke Cyprus
00:45sesulan serangan drone buatan Iran yang merosakkan landasan udara pangkalan tentera Britain di Akrotedi.
00:52Beliau menegaskan Iran memikul tanggungjawab utama terhadap peningkatan konflik di Asia Barat.
00:57Namun beliau memberi amaran bahawa sebarang operasi darat oleh Israel akan memburukkan lagi ketegangan.
01:04Macron terus umumkan dua penerbangan pertama membawa pulang rakyat Perancis yang terkandas
01:08akibat penutupan ruang udara di rantau itu akan tiba di Paris pada selasa malam.
Comments

Recommended