Skip to playerSkip to main content
  • 5 weeks ago
Tindakan Israel dan Amerika Syarikat menyerang Iran disifatkan sebagai drastik dan membingungkan.

Menurut Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Kamaruzaman Yusoff, ini sekali gus meningkatkan risiko ketengangan antarabangsa dan memberi isyarat bahawa konflik berskala besar lebih besar boleh berlaku jika langkah-langkah diplomatik gagal.
Transcript
00:00Tidakkan Israel dan Amerika Syarikat menyerang Iran disifatkan sebagai drastik dan membingungkan.
00:06Prof. Ajung di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Kamaruzaman Yusuf berkata,
00:12ini meningkatkan risiko ketegangan antarabangsa dan memberi isyarat bahawa konflik berskala lebih besar boleh berlaku jika langkah-langkah diplomatik gagal.
00:21Katanya keadaan juga menjadi lebih rumit apabila sikap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilihat sukar diramal.
00:28Kita mendapat maklumat yang sangat mengejutkan apabila Israel mengambil tindakan yang kalau kita boleh sebut satunya bersifat drastik,
00:40yang keduanya ialah tergopogapa dan yang ketiganya mengambil juga suatu tindakan pre-entif.
00:48Bukan pre-entif seperti yang disebutkan di dalam berita itu tetapi pre-entif ke atas rakyatnya sendiri.
00:56Ini adalah merupakan, saya lihat dari satu aspek hubungan antarabangsa sebagai kecelaruan terhadap tindakan yang dilakukan oleh Israel ini, itu
01:07satu.
01:08Yang kedua, kita lihat juga kecelaruan yang berlaku kepada Trump itu sendiri.
01:12Memang kita faham, beliau adalah seorang pemimpin yang kita tidak faham apa sebenarnya yang dikendaki.
01:20Kerana dia berjanji untuk mengadakan, menyambung perbincangan, perjanjian, penyelarasan senjata nuklear dan sebagainya itu pada minggu hadapan,
01:32tiba-tiba dibiarkan, ya seperti maklumat yang kita dapat juga, dibiarkan.
01:37Israel mengambil tindakan dengan menyerang tempat-tempat yang strategik yang kita boleh sebutkan sebagai usaha untuk menakutkan kerajaan Iran
01:50dan sekaligus memberikan suatu langkah yang kita boleh anggap sebagai langkah pertama sebelum daripada kemungkinan serangan yang akan dilakukan oleh
02:03Amerika
02:04ataupun Amerika menunggu serangan balas daripada Iran dahulu sebelum daripada mereka bertindak.
Comments

Recommended