Skip to playerSkip to main content
  • 5 weeks ago
Pelaburan IFC bertujuan memperkukuh infrastruktur awam digital Malaysia melalui integrasi dengan MyDigital ID dan MBI, selari dengan agenda transformasi digital negara. Inisiatif ini dijangka memacu penggunaan teknologi seperti identiti digital dan rantaian blok di rantau ASEAN.
Transcript
00:00Kumpulan Bank Dunia melalui cabang sektor swastanya, Perbadanan Keuangan Antarabangsa IFC telah melabur RM155.6 juta dalam Zetrix AI Berhad.
00:11Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Zetrix AI menjelaskan pelaburan itu bertujuan meningkatkan akses kepada perkhidmatan infrastruktur awam digital di Malaysia
00:19dan pasaran yang sedang pesat membangun di seluruh rantau dan luar ASEAN.
00:26Tambah Zetrix AI, perkhidmatan baru itu akan disepadukan dengan ekosistem digital Malaysia menerusi MyDigitalID, Sistem Identity Digital Negara serta infrastruktur
00:37blockchain Malaysia MBI, rangkaian perkhidmatan rantaian blok nasional negara.
00:41Pengurus Negara Kumpulan Bank Dunia bagi Malaysia Judith Green berkata pelaburan itu membuktikan komitmen IFC dalam memajukan agenda transformasi digital
00:51Malaysia sejajar dengan rancangan Malaysia ke-13 bagi tempoh 2026 hingga 2030.
00:57Ujarnya, pembangunan perkhidmatan infrastruktur awam digital penting bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan awam, memperkukuh daya saing ekonomi serta memastikan pertumbuhan
01:08yang inklusif dan mampan.
01:09Sementara itu, pengarah urusan kumpulan Zetrix AI, TS Wong berkata ia meliputi dokumen identiti digital, pemprosesan pelepasan kustom yang didigitalkan,
01:20model bahasa berskala besar serta stablecoin, fungsi rentas sempadan dalam rantaian blockchain dan kecerdasan buatan di dunia sebenar bertujuan memangkinkan
01:29transformasi disruptif di seluruh ASEAN serta membolehkan integrasi sosioekonomi yang lebih teguh di rantau ini.
01:36Menerusi penyertaan dan akses pasaran daripada IFC, pihaknya akan mempercepat rancangan pengembangan global syarikat itu.
Comments

Recommended