00:00Lelaki etnik Rohingya yang menghentak kepala istrinya yang sarat hamil menggunakan lesung batu dalam kejadian di kampung makam dua minggu
00:08lalu didakwa di Mahkamah Magistret Kota Tinggi pada Rabu.
00:12Rashidullah Mong Fumiyah, 35 tahun yang berdepan pertuduhan membunuh, dilihat menangis selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Nur Khalidah Farhana
00:23Abu Bakar.
00:24Namun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:31Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang wanita iaitu
00:41Fazanah Eskar, 34 tahun, di sebuah rumah di Jalan Haji Mustafa, Kampung Makam di Kota Tinggi pada awal pagi 13
00:49Februari lalu.
00:50Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Mahkamah kemudian menetapkan 22 April depan bagi sebutan semula
01:01kes sementara menunggu laporan berdah siasat dan laporan kimia.
01:05Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa menghentak wanita berkenaan pada bahagian kepala sebelah kiri menggunakan lesung batu hingga menyebabkan kematian dan
01:16perbuatan itu juga menyebabkan kematian seorang anak dalam kandungan yang cukup sifat milik mangsa.
01:22Perbuatan yang didakwa dilakukan di lokasi, masa dan tarikh yang sama itu dibuat mengikut Seksyen 316 Kanun Keseksaan dan Mahkamah
01:32kemudian menetapkan 18 Mac depan bagi kehadiran jurubahasa Myanmar supaya tertuduh lebih memahami pertuduhan sebelum membuat sebaran pengakuan.
01:42Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita yang hamil 7 bulan ditemui maut dipercayai dibunuh suaminya menggunakan lesung batu.
Comments