00:00Seorang lelaki melecur hampir 20% dalam kejadian tiga buah rumah terbakar termasuk sebuah surau di kampung Lubuk Setol, Rantau
00:10Panjang pada Ahad Malam.
00:11Ketua Balai Bomber dan Penyelamat BBP Rantau Panjang Hamzah Musa berkata,
00:16Dalam kejadian, kira-kira jam 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun dilaporkan mengalami kelecuran serius pada kedua-dua
00:26kakinya ketika cuba menyelamatkan diri daripada api yang sedang marak.
00:32Jelas beliau pada awal pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 11.51 malam.
00:40Serentak itu, seramai 11 anggota bersama Jentera Pemadam Kebakaran bergegas ke lokasi kejadian yang terletak beberapa kilometer dari Balai.
00:49Di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak dan telah menyambar beberapa struktur bangunan yang terletak berhampiran antara satu
00:57sama lain.
00:58Kebakaran mengakibatkan tiga buah rumah musnah sepenuhnya, manakala sebuah surau berhampiran turut terjejas dengan kemusnahan dianggarkan sekitar 10%.
01:07Mangsa yang cedera dilaporkan berjaya menyelamatkan diri sebelum api merebak sepenuhnya kekediamannya.
01:14Susulan itu lelaki berkenaan kemudiannya dikejarkan ke hospital Pasir Mas bagi mendapatkan rawatan lanjut.
01:21Kebakaran turut memusnahkan sebuah kenderaan jenis proton wajah yang diletakkan di kawasan perkarangan rumah.
01:28Bagaimanapun sehingga kini, punca kejadian dan jumlah kerugian keseluruhan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Comments