Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
KBS tambah peruntukan Dana Sukan Komuniti selepas Pulau Pinang habiskan dana awal tahun ini.
Transcript
00:00Kementerian Belia dan Sukan KBS bersetuju menambah peruntukan dana Sukan Komuniti DSK bagi Pulau Pinang selepas negeri itu menjadi antara
00:09yang terawal menggunakan sepenuhnya dana yang disalurkan pada tahun ini.
00:14Menteri Belia dan Sukan Dr. Muhammad Taufik Johari berkata, Jabatan Belia dan Sukan Negara akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan peruntukan
00:22tambahan tersebut.
00:25Beliau berkata DSK bukan sahaja menyokong aktiviti Sukan Komuniti tetapi juga berperanan sebagai platform untuk menghubungkan kolongan muda dengan masyarakat
00:34setempat.
00:35Menurutnya, inisiatif itu turut menyumbang kepada usaha melahirkan lebih ramai atlet serta menggalakkan gaya hidup sehat dalam kalangan belia.
00:44Dalam perkembangan sama, KBS turut menyalurkan geran padanan Sukan berjumlah RM500,000 serta bantuan kepada pertubuhan belia sebanyak RM106,000
00:54kepada Pulau Pinang.
00:56Beliau berkata peruntukan tersebut merupakan pelaburan kerajaan berarti memperluas akses kepada aktiviti Sukan Komuniti serta memperkasakan pertubuhan belia di peringkat
01:06akar umbi.
01:07Pertubuhan belia turut digesa agar memanfaatkan peluang melalui dana sejati madani yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi memperkukuh program pembangunan belia.
Comments

Recommended