Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) sekali lagi tersenarai dalam senarai berprestij Fortune Southeast Asia 500 bagi tahun 2026. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Mah Sing menerima pengiktirafan tersebut sejak ranking itu diperkenalkan pada 2024.
Transcript
00:00Mah Singh Grup Berhad, Mah Singh sekali lagi tersenarai dalam senarai berprestij Fortune Southeast Asia 500 bagi tahun 2026.
00:10Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Mah Singh menerima pengiktirafan berkenaan sejak ranking tersebut diperkenalkan pada 2024.
00:20Fortune Southeast Asia 500 yang diterbitkan oleh Fortune antara organisasi media perniagaan paling berpengaruh di dunia
00:28menyenaraikan syarikat terbesar di Asia Tenggara berdasarkan hasil pendapatan bagi tahun kewangan terkini.
00:35Pengasas dan pengarah urusan kumpulan Mah Singh Tan Sri Leong Hoikum berkata,
00:40ia satu pengiktirafan terhadap perjalanan pertumbuhan, daya tahan dan keupayaan syarikat mencipta nilai mampan
00:47dalam jangka panjang.
00:49Bagi tahun kewangan 2025, Mah Singh mencatatkan jualan hartanah tertinggi dalam tempoh sedekat berjumlah 2.51 bilion ringgit
01:00di sokong permintaan kukuh terhadap pembangunan kediamannya.
01:04Mah Singh turut merekodkan hasil sebanyak 2.52 bilion ringgit dan keuntungan sebelum cukai berjumlah 382.9 juta ringgit
01:14meningkat 13.6% berbanding tahun sebelumnya.

Recommended