Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pemilik tanah di Sungai Tekali, Hulu Langat didakwa menawarkan sendiri hampir 30 unit flat haram kepada warga Rohingya dengan sewaan sehingga RM750 sebulan. Pendedahan itu dibuat susulan operasi bersepadu pihak berkuasa yang menyaksikan penghuni meninggalkan kawasan berkenaan.
Transcript
00:00Pemilik Tanah Pangsa Puri Haram di Sungai Tekali Hulu Langat didakwa secara peribadi menawarkan kediaman tersebut untuk diduduki warga Rohingya
00:10sejak tahun 2019.
00:12Menurut salah seorang penduduk yang juga warga Rohingya, pemilik tanah tersebut menyewakan hampir 30 unit kediaman dengan kadar sewaan antara
00:22RM400 hingga RM750 sebulan bergantung kepada keluasan dan kemudahan yang disediakan.
00:30Namun kebanyakan penghuni warga Rohingya meninggalkan kawasan itu selepas operasi bersepadu dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Jim dan Ibu Pejabat
00:41Polis IPD Daerah Kajang pada 28 Februari tahun lalu.
00:46Jelas seorang bekas penyewa dikenali sebagai Hussein Abdullah. Pembinaan Pangsa Puri tersebut dilakukan secara berperingkat sejak 2018 sebelum siap sepenuhnya
00:56pada tahun berikutnya.
00:57Pemilik tanah dikatakan mengupah pekerja kontrak warga Indonesia dan Vietnam bagi membina unit kediaman di bahagian hadapan dan belakang sehingga
01:07mencecah antara 25 hingga 30 unit.
01:10Kada sewaan yang dikenakan antara RM400 hingga RM750 seunit sekaligus membolehkan pemilik meraih kutipan sewa melebihi RM15,000 sebulan.
01:22Hussein turut memaklumkan bekalan elektrik dan air disediakan secara percuma namun dipercayai disambung secara tidak sah dari sumber berhampiran.
01:31Menurutnya, kewujudan Pangsa Puri tersebut sudah diketahui penduduk setempat termasuk identiti pemilik tanah berkenaan.
01:39Sementara itu, beliau menyatakan bahawa pemilik tanah pernah membina kediaman haram lain di kawasan bersebelahan pada tahun 2014 sebelum merobohkannya
01:48selepas Pangsa Puri baru siap dibina.
01:52Sejak pendedahan dibuat media, lokasi Pangsa Puri itu menjadi tumpuan orang ramai khususnya penduduk sekitar Hulu Langat dan turut-tular
01:59di media sosial.
Comments

Recommended