00:00Penurunan jumlah penagih dadah di Sabah tahun lalu mencerminkan keberkesanan usaha bersepadu pelbagai pihak dalam memerangi ancaman dadah.
00:09Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Jinur berkata penurunan itu membuktikan tindakan menangani penawaran dan permintaan dadah di negeri itu
00:16membuahkan hasil.
00:20Haji Jinur berkata rekod bagi tahun 2025 menunjukkan jumlah penagih dadah yang dikesan menurun kepada 8,665 orang berbanding 9
00:30,607 orang pada tahun sebelumnya.
00:32Jelasnya Sabah turut mencatatkan kadar terbaik di peringkat nasional dengan merekodkan 230 kes penagihan dan penyalahgunaan dadah serta bahan terlarang.
00:42Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada agensi anti dadah kebangsaan atas usaha memperkasa komuniti melalui program pencegahan dadah
00:52hingga ke peringkat akar umbi.
00:53Antara inisiatif yang diberikan penghargaan ialah program Jerayawara Jelajah Aspirasi Bebas Dadah bersama skuad anti dadah dua roda di Pulau
01:03Bangi Kudat.
01:04Haji Jinur juga memuji kejayaan polis di Raja Malaysia Kontijen Sabah dalam melakukan rampasan dadah berskala besar menerusi Jabatan Siasatan
01:13Jenayah Narkotik.
01:14Beliau menegaskan kerajaan negeri akan terus menyokong segala usaha ke arah mencapai aspirasi dadah terkawal 2030 dan memastikan keselamatan serta
01:24kesejahteraan rakyat Sabah terpelihara.
Comments