Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kedudukan kewangan Selangor masih pada tahap sihat walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global susulan krisis bekalan global serta turun naik pasaran dunia.
Transcript
00:00Kedudukan kewangan Selangor masih pada tahap sihat walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global, susulan krisis bekalan global serta turun naik pasaran
00:10dunia.
00:10Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Syari berkata, kerajaan negeri belum melihat sebarang keperluan untuk melaksanakan langkah kecemasan
00:18berikutan prestasi kutipan hasil masih di landasan positif setakat ini.
00:24Kutipan hasil negeri ketika ini mencecah RM1.6 bilion setakat Mei lepas yang menjadi sebahagian daripada sasaran RM2.8 bilion
00:34ditetapkan tahun ini dengan tren kutipan semasa menunjukkan perkembangan positif.
00:39Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, Selangor juga mencatatkan lebihan RM300 juta berbanding jumlah perbelanjaan keseluruhan hasil penjimatan yang dilaksanakan kerajaan negeri.
00:49Beliau berkata, walaupun kedudukan kewangan tahun ini tidak sekukuh tahun lepas, kerajaan negeri masih yakin mampu mencapai sasaran hasil ditetapkan
00:59selain masih mempunyai kutipan rezab yang baik.
01:02Pada masa sama, pelbagai usaha sedang dilakukan, termasuk melalui proses pelupusan tanah, perubahan syarat nyata tanah bagi tujuan peindustrian serta
01:11kemasukan pelaburan baharu ke Selangor.
01:13Amiruddin berkata, walaupun kesan sebenar ketidaktentuan ekonomi global dijangka dapat dilihat dalam tempoh beberapa bulan akan datang,
01:20kerajaan negeri itu sebaliknya telah mengambil pendekatan proaktif bagi mengurangkan impak kepada rakyat dan sektor ekonomi.
01:28Terima kasih telah menonton!

Recommended