Skip to playerSkip to main content
  • 53 minutes ago
Presiden Iran Masoud Pezeshkian mengarahkan satu “siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah” berhubung insiden yang berlaku semasa protes antikerajaan pada Januari lepas, lapor Anadolu Ajansi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Iran, Mas'ud Fazishqian, mengarahkan siasatan menyeluruh dan saksama berhubung insiden yang berlaku semasa protes anti-kerajaan pada Januari
00:08lepas.
00:09Tegasnya, sebarang salah laku yang dibuktikan akan ditangani mengikut undang-undang.
00:15Justru itu, beliau menyeru individu atau kumpulan yang mempunyai dokumen atau data berkaitan supaya mengemukakannya bagi membantu menjelaskan perkara berkenaan.
00:25Pada awal Februari, Pejabat Presiden Iran mengeluarkan laporan yang menyenaraikan nama 2,986 individu yang terkorban semasa protes anti-kerajaan
00:36yang tercetus pada penghujung 2025 daripada keseluruhan 3,117 kematian yang direkodkan semasa kekacauan itu.
00:45Menurut laporan yang diterbitkan oleh Pejabat Presiden itu, angka korban termasuk orang awam dan anggota pasukan keselamatan.
00:52Protes berkenaan tercetus susulan kemerosotan keadaan ekonomi dan taraf hidup serta berlangsung selama kira-kira dua minggu.
01:02Pihak berkuasa Iran mengakui wujudnya rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.
01:08Pada masa sama, menuduh AS dan Israel cuba mengeksploitasi kekacauan itu melalui sekatan dan tekanan bagi menghasut ketidakstabilan bagi mewajarkan
01:18campur tangan asing dan pertukaran rejim.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended