Skip to playerSkip to main content
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata tidak semua gangguan dapat dimaklumkan lebih awal kerana kebanyakannya melibatkan masalah teknikal atau sistem isyarat yang berlaku secara tiba-tiba.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Yang pertamanya saya rasa yang berhormat memberikan satu sweeping statement
00:03untuk mengatakan bahawa kegalan sistem dan tidak ada penambahbaikan itu tidak tepat.
00:10Yang berhormat tidak membaca laporan saya ataupun kenyataan saya pada bulan Januari yang lalu.
00:16Boleh refer kepada website Prasarana untuk melihat bahawa yang pertamanya kita secara transparent
00:24memberitahu kepada orang ramai berkenaan dengan insiden.
00:30Dan dari segi jumlah insiden itu, daripada tahun 2022 sehingga tahun 2025,
00:35itu telah jatuh mendadak dari segi kekerapan gangguan.
00:39Daripada 220 lebih kali insiden gangguan pada tahun 2022, jatuh tak sampai 50 pada tahun lalu.
00:50Jadi memang ada penambahbaikan berterusan dan ini menunjukkan bahawa langkah mitigasi yang telah diambil oleh pihak Prasarana
00:58untuk memastikan maintenance ini dibuat dengan lebih baik telah pun membuahkan hasil.
01:04Namun begitu kita tahu bahawa belum berpuas hati.
01:07Kita pun belum berpuas hati.
01:08Tetapi untuk mengatakan bahawa tidak ada penambahbaikan langsung itu adalah satu statement yang tidak ada langsung.
01:13Mungkin yang berhormat menggunakan perkhidmatan sekali-sekala pada hujung minggu dan sebagainya.
01:20Tetapi reality-nya kalau tanya kepada pengguna-pengguna, kalau berbanding dengan beberapa tahun yang lalu, penambahbaikan itu cukup ketara.
01:27Dan sudah tentu kita ada meletakkan KPI kepada Prasarana untuk memastikan bahawa apa sahaja gangguan itu dapat diminimalkan dengan kadar
01:37yang paling cepat.
01:38Kita meletakkan satu KPI bahawa gangguan kalau lebih daripada 5 minit, trend itu tak berjalan, itu kira gangguan.
01:46Jadi kita nak memastikan bahawa kalau berlaku gangguan, dia dapat baik pulih dengan secepat mungkin.
01:53Memang tadi kata yang Muhammad kata, tak bagi notis. Macam mana nak bagi notis?
01:57Siapa tahu gangguan berlaku? Ini bukan gangguan biasa-biasa.
02:01Kalau kadang-kadang ada sistem ataupun signalling problem dan sebagainya, macam mana nak bagi notis kepada orang ramai?
02:07Tak ada siapa tahu akan ada gangguan.
02:10Jadi yang Muhammad ini bukannya soal kita berhentikan perkhidmatan untuk maintenance dan sebagainya.
02:15Kalau ada regular maintenance yang menyebabkan trend itu akan kekerapannya akan berkurangan
02:23ataupun waktu operasi akan lebih lewat, sudah tentu notis diberikan.
02:28Memang untuk LRT kerana jaya umpamanya, memang notis diberikan.
02:33Ada beberapa tempoh di mana kita telah pun melanjutkan tempoh operasi itu
02:40ataupun melewatkan tempoh operasi untuk tujuan maintenance.
02:44Tetapi untuk gangguan-gangguan teknikal, sudah tentu tidak mungkin dapat memberikan notis
02:51kerana kita pun tak tahu bila akan ada gangguan.
02:53Jadi ada gangguan itu, sudah tentu akan dibaik pulih dengan secepat mungkin.
02:57Alam sistem, maksudnya.
02:58Tetapi saya nak kata bahawa notis alam sistem.
03:02Apa itu?
03:04Ada sistem alam yang memberi maklumat, bukan notis bertulis maksud saya.
03:08Kalau ada gangguan, sudah tentu ada dalam social media, prasaranan dan sebagainya
03:13untuk memberikan makluman kepada orang ramai, supaya menggunakan alternatif transport dan sebagainya.
03:20Tetapi memang kita mengambil maklum bahawa ada penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh prasaranan
03:26dari segi komunikasi dengan penumpang, ataupun dari segi bagaimana mengawal penumpang,
03:34ataupun crowd control dan sebagainya.
03:36Itu memang ditambahbaik.
03:37Tetapi untuk mengatakan bahawa kita langsung tak memberikan apa-apa maklum balas kepada orang ramai,
03:43itu adalah satu kenyataan yang tidak adil kepada pihak pengurusan prasaranan.
03:47Ada kelemahan, kita bertambahbaik.
03:50Dan ada juga usaha berterusan untuk memastikan perkhidmatan yang lebih baik.
03:55Dan saya berharap yang berhormat dapat mengikuti dan membaca laporan-laporan yang dikeluarkan
04:01melalui Kementerian Perangkutan dan juga pihak prasaranan.
04:04Berkenaan dengan apa yang telah dilaksanakan dan berapa peratusan yang telah pun kita dapat kurangkan
04:10dari segi jumlah gangguan yang dihadapi oleh rakyat dan juga pengguna.
04:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended