Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pada tahun 2022, sebanyak lebih 220 insiden gangguan direkodkan, namun jumlah itu menurun kepada kurang daripada 50 kes pada tahun lalu.
Transcript
00:00Kekerapan gangguan perkhidmatan tren Rapid Rail Sendirian Berhad menunjukkan penurunan mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini sekaligus menangkis dawaan. Kononnya
00:10tiada penambahbaikan dilakukan.
00:13Menteri Pengangkutan Anthony Lok berkata, berdasarkan data rasmi yang direkodkan Prasarana Malaysia Berhad, jumlah insiden gangguan telah menurun secara signifikan
00:22dalam tempoh 2022 hingga 2025.
00:27Jelas beliau pada tahun 2022 sebanyak lebih 220 insiden gangguan direkodkan namun jumlah itu menurun kepada kurang daripada 50 kes
00:36pada tahun lalu.
00:37Jadi memang ada penambahbaikan berterusan dan ini menunjukkan bahawa langkah mitigasi yang telah diambil oleh pihak Prasarana untuk memastikan maintenance
00:47ini dibuat dengan lebih baik telah pun membuahkan hasil.
00:51Namun begitu kita tahu bahawa belum berpuas hati. Kita pun belum berpuas hati. Tetapi untuk mengatakan bahawa tidak ada penambahbaikan
00:58langsung itu adalah satu statement yang tidak ada langsung.
01:00Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jelun Abdul Ghani Ahmad mengenai sejauh mana keberkesanan program
01:09penilenggaraan program sedia ada dalam mengurangkan insiden kegagalan aset secara drastik dan tempoh pemulihan yang ditetapkan oleh Kementerian jika berlaku
01:17gangguan-gangguan luar jangka.
01:19Mengulas lanjut, Anthony berkata Kementerian telah menetapkan petunjuk prestasi utama KPI yang jelas kepada Prasarana bagi memastikan gangguan diminimumkan.
01:29Mengenai isu notis awal gangguan pula, beliau menjelaskan bahawa tidak semua gangguan dapat dimaklumkan lebih awal kerana kebanyakannya melibatkan masalah
01:36teknikal atau sistem isyarat yang berlaku secara tiba-tiba.
01:40Dalam pada itu, Anthony berkata Rapid Rail juga melanjutkan tempoh waktu puncak sepanjang bulan Ramadan bagi menampung perubahan corak perjalanan
01:48pengguna.
01:49Bagi Ramadan, waktu puncak sebelah pagi akan dipanjangkan bermula jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi berbanding 7 pagi
01:56hingga 9.30 pagi pada bulan biasa.
01:59Menekala waktu puncak sebelah petang pula dipanjangkan dari jam 4 petang hingga 8 malam berbanding 5 petang hingga 7.30
02:05malam pada bulan-bulan lain.
02:10Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended