Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan Malaysia kekal bebas daripada penyakit Nipah, dengan pemantauan berterusan, kawalan import dan langkah biosekuriti dilaksanakan bagi mencegah kemasukan serta penularan penyakit zoonotik itu.
Transcript
00:26Pemantauan berterusan dan bekerjasama rapat
00:30Dengan agensi berkaitan bagi memastikan status bebas nipah negara terus terpelihara
00:37DVS memaklumkan tindakan pemantauan dilaksanakan melalui aktiviti survei lentahunan
00:42Yang dijalankan terhadap babi domestik dan babi hutan
00:45Bagi pengesanan awal kewujudan penyakit
00:48Pada tahun lepas, lebih 2,000 sampel babi domestik dan 48 sampel babi hutan
00:54Diuji dengan semuanya menunjukkan keputusan negatif virus nipah
00:58DVS juga mengawal import daging babi dari luar negara
01:01Dengan hanya negara yang bebas nipah dibenarkan ekspor ke Malaysia
01:05Virus nipah adalah penyakit zoonotik berjangkit yang berpunca daripada haiwan kepada manusia
01:11Dan kelawar buah ataupun flying fox
01:13Dikenal pasti sebagai perumah semula jadi virus ini
01:16Manakala tenakan babi berperanan sebagai perumah pengganda
01:19Dengan jangkitan dalam populasi babi
01:22Boleh meningkatkan risiko penularan virus kepada manusia dan haiwan lain
01:26Tanda klinikal penyakit nipah pada babi yang dijangkiti
01:30Merangkumi gejala penafasan seperti batuk, sesak nafas dan lelehan hidung
01:34Demam, kurang selera makan, terketa-keta dan sawan
01:38Serta kadar jangkitan yang tinggi dalam ladang
01:40Walaupun kadar kematian mungkin rendah hingga sederhana
01:44Sehubungan dengan itu, DVS menyeru penternak babi
01:47Supaya sentiasa berwaspada
01:49Terutamanya jika ladang berhampiran dengan dusun buah-buahan
01:52Atau mempunyai pokok buah-buahan di dalam atau sekitar kawasan ladang
01:56Yang boleh menarik kehadiran kelawar untuk mendapatkan makanan
01:59Penternak turut dinasihatkan memastikan amalan biosekuriti ladang
02:04Berada pada tahap yang tinggi
02:06Dan melaporkan segera kepada pihak DVS
02:08Sekiranya terdapat sebarang tanda penyakit yang mencurigakan pada tenakan
02:14DVS turut menyeru semua pihak khususnya penternak
02:17Agar sentiasa peka terhadap perkembangan semasa penyakit haiwan
02:20Dan melaporkan segera sebarang tanda klinikal
02:23Kepada Pejabat Perkhidmatan Veterina Berhampiran
02:26Atau melalui talian hotline 03 8870 2041
Comments

Recommended