Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Situasi banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 3,839 orang setakat jam 11 pagi Isnin. Seramai 70 kampung di tiga daerah terjejas iaitu Pitas, Paitan dan Tawau, dengan Pitas mencatatkan jumlah tertinggi melibatkan 2,662 mangsa daripada 1,355 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS. Di Paitan, 1,485 mangsa ditempatkan di 12 PPS, manakala Tawau merekodkan 245 mangsa dengan satu PPS dibuka.
Transcript
00:00Baik, kita beralih ke perkembangan banjir di Sabah.
00:03Negeri itu menyaksikan peningkatan ketara jumlah mangsa banjir apabila sebanyak 4,348 orang
00:10daripada 1,774 keluarga berlindung di Pusat Pembinaan Sementara PPS pagi ini
00:16berbanding 3,427 orang daripada 1,449 keluarga malam tadi.
00:24Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah,
00:27kesemua mangsa ialah penduduk dari 70 kampung di tiga daerah yang terjejas akibat banjir
00:33iaitu Pitas, Paitan dan Tawau.
00:36Kenyataan itu menyebut mereka ditempatkan di 32 PPS yang dibuka di ketiga-tiga daerah berkenaan.
00:43Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,618 orang daripada 1,276 keluarga
00:51berbanding 2,171 orang daripada 1,078 keluarga setakat semalam.
00:58Paitan turut menyaksikan pertambahan dalam jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS
01:03iaitu 1,485 orang daripada 443 keluarga, manakala Tawau kekal dengan 245 orang daripada 55 keluarga.
01:14Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah
01:19mengalami ribut petir pada sebelah pagi, petang dan malam ini.
Comments

Recommended