00:00Sebuah masjid ikonik di Venezuela terus menjadi nadi kepada komuniti muslim di Caracas.
00:07Masjid Sheikh Ibrahim Al-Ibrahim bukan sahaja berperanan sebagai pusat ibadah,
00:12tetapi juga sebagai pusat sosial dan pendidikan bagi masyarakat Islam di negara itu.
00:17Terletak di ibu negara Venezuela, Caracas, Masjid Sheikh Ibrahim Al-Ibrahim
00:22mampu menampung sekitar 3,500 jemaah pada satu-satu masa.
00:30Dibina dengan gabungan seni bina Islam tradisional dan sentuhan modern,
00:34masjid ini diiktiraf sebagai masjid kedua terbesar di Amerika Latin.
00:38Pembinaan masjid bermula pada tahun 1989 sebelum dibuka secara rasmi untuk kegunaan awam 4 tahun kemudian iaitu pada 1993.
00:49Ia dibina di atas tanah seluas hampir 5,000 meter persegi hasil pembiayaan dermawan Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz bin
00:56Ibrahim Al-Ibrahim.
00:57Selain solat lima waktu, masjid ini menjadi tumpuan utama umat Islam ketika Ramadan
01:02serta sambutan Aidilfitri dan Aidiladha.
01:05Antara keunikan masjid ini ialah menara setinggi 113 meter yang bukan sahaja mendominasi latar langit Caracas,
01:13malah dianggap sebagai menara masjid tertinggi di benua Amerika.
01:16Ruang dalaman masjid pula menampilkan gabungan corak geometri dan kaligrafi Arab dengan rekaan modern,
01:23manakala kubah setinggi 23 meter menambah suasana spiritual kepada para jemaah.
01:28Masjid ini juga berfungsi sebagai pusat sosial dan pendidikan lengkap dengan Dewan Mesyuarat,
01:33Bilik Darjah, Kursus Bahasa Arab serta program berkaitan sejarah dan sains Islam.
01:38Dengan anggaran kira-kira 100 ribu umat Islam di Venezuela,
01:43masjid ini menjadi pusat rujukan dan perhimpunan utama Muslim di negara itu.
01:47Sementara itu, pengarah Kesatuan Islam Sedunia di Venezuela, Abdul Hadi,
01:51menyifatkan masjid berkenaan sebagai pusat rujukan agama, budaya dan akademik di Caracas.
01:56Beliau menegaskan komitmen mereka untuk menyampaikan mesej Islam yang sebenar,
02:01berteraskan keamanan, kesederhanaan dan kefahaman yang tepat.
02:06Masjid Syekh Ibrahim Al-Ibrahim terus menjadi simbol keharmonian dan perpaduan
02:10serta bukti perkembangan komuniti Islam di rantau Amerika Latin.
Comments