Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan tanggungjawab baharu yang dipikulnya amat besar, berat dan mencabar terutama dalam suasana pengharapan tinggi diberikan pelbagai pihak serta rakyat kepada gabungan itu.
Transcript
00:00Pengurusi Perikatan Nasional PN, Datuk Seri Ahmad Sam Suri Mukhtar menyifatkan,
00:05tanggungjawab baharu yang dipikulnya amat besar, berat dan mencabar.
00:09Terutama dalam suasana pengharapan tinggi diberikan pelbagai pihak serta rakyat kepada gabungan itu.
00:16Naib Presiden PAS itu berkata, pihaknya mahu PN menjadi muafakat politik yang mampu membawa perubahan lebih baik
00:23kepada seluruh rakyat Malaysia, pelbagai agama, bangsa, etnik dan latar belakang sosioekonomi.
00:31Menurutnya beliau akan berbincang dengan kepimpinan Majlis Pimpinan Tertinggi MPTPN
00:37untuk mengadakan mesyuarat bagi menentukan pelantikan jawatan sebagaimana keperluan dalam perlembagaan PN.
00:44Katanya apa yang perlu disegerakan pada saat ini ialah pengukuhan muafakat politik,
00:49melaksanakan penambahbaikan struktur serta gerak kerja yang mampu menjadikan PN sebagai nukleus harapan rakyat.
00:57Ahmad Samsuri turut mengucapkan penghargaan kepada kepimpinan PN kerana memberi kepercayaan dan amanah padanya.
01:04Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin
01:08atas khidmat bakti memimpin gabungan itu sejak mula penubuhan bersama kepimpinan MPTPN
01:15sehinggalah gabungan itu dapat bergerak cemerlang serta mampu memenangi kerusi yang besar dalam pelayan rakyat umum ke-15 lalu.
01:23Pada ahad timbalan Situsa Agung PN, Datuk Seritaki Yudin Hassan dalam satu sidang media memaklumkan pelantikan Ahmad Samsuri.
01:32Perkara itu disahkan dalam mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi Gabungan itu yang berlangsung di Pejabat Agung PAS hari ini.
01:39Pelantikan itu dibuat selepas kerusi tersebut dikosongkan berikutan peletakan jawatan oleh Muhyiddin hampir dua bulan lalu.
01:48Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended