Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Seorang bekas pengarah sebuah syarikat telekomunikasi ditahan kerana disyaki memberi rasuah kira-kira RM8 juta kepada Presiden merangkap Pengarah Urusan Kumpulan sebuah bank sebagai balasan membantu meluluskan permohonan pinjaman.
Transcript
00:00Seorang bekas pengarah sebuah syarikat telekomunikasi ditahan kerana disyaki memberi rasuah kira-kira RM8 juta kepada Presiden
00:09merangkap pengarah urusan kumpulan sebuah bank sebagai balasan membantu meluluskan permohonan pinjaman.
00:15Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an telah ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad
00:22ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Putrajaya.
00:30Tambah sumber, siasatan awal mendapati, suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2012.
00:37Katanya, suspek juga dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu
00:43melibatkan dokumen Joint Completion Guarantee sebagai memenuhi syarat kelulusan permohonan pinjaman berjumlah kira-kira RM400 juta
00:51untuk membiayai sebuah projek fiberoptik.
00:54Sementara itu, pengarah kanan bahagian operasi khas Datuk Muhammad Zamri Zainul Abidin
00:59ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata
01:03kes disiasat di bawah Seksyen 16-B-A Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Kesiksaan.
01:12Tambahnya, suspek akan dituduh di Mahkamah Session Jenayah Kuala Lumpur pada Ismin.
01:16Terima kasih telah menonton!
01:17Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended