Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
GERAKAN menegaskan Ahli Parlimen PN berhak menentukan Ketua Pembangkang, susulan pengumuman mengekalkan Datuk Seri Hamzah Zainudin. Parti itu bagaimanapun belum memutuskan pendirian sama ada memihak kepada PAS atau BERSATU.
Transcript
00:02Parti Gerakan Rakyat Malaysia Gerakan menegaskan ahli parlimen dalam Perikatan Nasional PN berhak menentukan kedudukan ketua pembangkang seperti yang diumumkan
00:13Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.
00:16Ketua penerangannya Wendy Subramanian berkata, walaupun tiada perbincangan awal dilakukan melalui platform majlis tertinggi PN, pengumuman tersebut bukan sesuatu yang
00:25mengejutkan.
00:28Ujarnya, parti itu tidak terkejut apabila Abdul Hadi membuat pengumuman berkenaan meskipun tanpa perbincangan terlebih dahulu.
00:36Pada 13 Jun lalu, Abdul Hadi umumkan bahawa Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga ahli parlimen larut kekal sebagai ketua
00:43pembangkang.
00:44Keputusan itu dibuat hasil persetujuan dalam kalangan PAS dan gerakan riset melalui proses musyawarah bersama ahli parlimen.
00:51Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mukhtar yang juga Menteri Besar Terengganu menjadi antara individu paling singkat
00:59memegang jawatan ketua pembangkang sebelum dikembalikan semula kepada Hamzah.
01:04Sementara itu, Wendy maklumkan bahawa gerakan belum membuat sebarang keputusan berhubung pendirian parti sama ada menyokong PAS dan pasukan Hamzah
01:12atau bersatu.
01:13Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi sebelum ini maklumkan kedudukan bersatu dalam PN dijangka ditentukan dalam mesyuarat PAS pusat yang akan
01:22berlangsung pada Rabu.
01:23Jelasnya, sebarang keputusan termasuk penyingkiran parti daripada gabungan itu bergantung kepada suara majoriti dalam kalangan parti komponen.
01:32PN ketika ini terdiri daripada empat parti utama iaitu PAS, Bersatu, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia.
01:39Menurut Abdul Hadi, keputusan sama ada untuk menyokong PAS atau Bersatu dalam gabungan itu turut diserahkan kepada Gerakan dan MIPP
01:48selepas kedudukan parti besar tersebut menamatkan kerjasama politik sebelum ini.
Comments

Recommended