00:00Kira-kira 80,000 rakyat Palestine menunaikan solat Jumaat pertama bulan Suci Ramadhan
00:04di Masjid Al-Aqsa di Timur Baitul Muqaddis yang diduduki.
00:09Menurut pihak berkuasa tempatan, angka itu termasuk hanya 10,000 jemaah dari Tebing Barat,
00:15susulan sekatan ketat Israel.
00:17Polis Israel ditempatkan di sekitar pekarangan masjid dan di seluruh kota lama Baitul Muqaddis
00:22serta lorong-lorongnya sebelum waktu solat.
00:25Pihak polis berkata seramai 3,000 anggota dikerahkan ke seluruh Timur Baitul Muqaddis pada Jumaat.
00:32Langkah itu seiring dengan sekatan Israel terhadap rakyat Palestine
00:36yang dalam perjalanan dari Tebing Barat yang diduduki ke bandar itu.
00:41Saksi memberitahu tentera Israel menyekat ribuan jemaah di pusat pemeriksaan di sekitar Timur Baitul Muqaddis
00:48sekaligus menghalang mereka daripada sampai ke masjid.
00:51Saluran 12 Israel melaporkan negara haram itu meluluskan rancangan pada Rabu Lepas
00:57yang membenarkan sehingga 10,000 jemaah Palestine dari Tebing Barat
01:01memasuki Al-Aqsa untuk solat Jumaat sepanjang Ramadhan.
01:05Di bawah rancangan itu, rakyat Palestine dari Tebing Barat
01:09mesti mendapatkan permit harian khas terlebih dahulu bagi setiap waktu solat.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments