Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Polis sedang giat mengesan pihak menjual mercun yang meletup sehingga menyebabkan seorang lelaki terputus kaki kirinya di Taman Damai Jaya, Bukit Siput, Segamat, Selasa lalu, kata Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad.
Transcript
00:00Polis sedang mengesan individu yang dipercayai menjual mercun dan bunga api tidak sah susulan insiden seorang lelaki cedera parah sehingga
00:08putus kaki kiri paras lutut ketika bermain dengan mercun di segamat pada selasa.
00:15Ketua Polis Johor, Dato' Abdul Rahman Al-Shad berkata siasatan awal mendapati bunga api yang digunakan mangsa berusia 32 tahun
00:22itu adalah jenis yang tidak diluluskan dan dipercayai dibeli secara tidak sah.
00:29Katanya mercun atau bunga api yang dibeli dan digunakan mangsa adalah daripada kategori tidak diluluskan dan tidak tersenarai dalam 45
00:37jenis bunga api yang dibenarkan untuk pemilikan dan pengimportan.
00:41Tindakan tegas turut diambil terhadap penjual atau pemegang lesin yang menjual mercun dan bunga api tidak sah termasuk pembatalan lesin.
00:48Kalau terkesan kita akan batalkan lesin mereka yang menjual bunga api atau mercun yang tidak dalam senarai yang diluluskan dan
00:59mereka perlu mendapatkan lesin terlebih dahulu untuk mereka memiliki mercun dan bunga api.
01:07Dan pihak polis terutama di Johor kita akan menguatkuasakan pemeriksaan dan juga kawalan ke tempat-tempat penyimpanan ataupun store magazine
01:19mana mereka menyimpan bunga api dan mercun ini.
01:22Kes kini disiasat di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan mangsa kini menerima rawatan di
01:30sebuah swasta di Melaka dan dalam keadaan stabil.
01:33Sebelum ini media melaporkan seorang lelaki kudung kaki kiri selepas bunga api yang dipasang meletup di hadapan rumahnya di Taman
01:39Damai Jaya Bukit Siput, Segamat.
01:41Ketua Polis Daerah Segamat Superintender Mahmud Juman Zahir Cik Ismail berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam
01:48ketika mangsa yang berusia lingkungan tiga puluhan bermain bunga api sebelum berlaku letupan.
Comments

Recommended