00:00Amerika Syarikat dan Israel berkemungkinan melancarkan operasi ketenteraan terhadap Iran yang berpotensi menjadi kempen besar-besaran selama beberapa minggu dan
00:09berisiko mengancam pemerintahan Tehran.
00:13Menurut laporan laman berita Azios, pentadbiran Presiden Donald Trump kini hampir berdepan konflik ketenteraan besar di Asia Barat dengan pegawai
00:21Israel bersiap sedia menghadapi kemungkinan perang tercetus dalam masa terdekat.
00:30Sumber laporan itu mendakwa Israel bersedia untuk bertindak segera manakala pihak tentera Israel dipercayai memerlukan lebih banyak masa bagi membuat
00:39persiapan.
00:41Katanya beliau percaya terdapat 90% kemungkinan dunia bakal menyaksikan tindakan ketenteraan dalam beberapa minggu akan datang.
00:49Washington meningkatkan kehadiran tenteranya secara ketara di rantau Asia Barat dengan mengerahkan kumpulan penyerang kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln
00:59bersama sebuah lagi kapal pengangkut pesawat USS Gerald R. Ford dalam perjalanan ke kawasan berkenaan bersama jet-jet pejuang tambahan.
01:09Peningkatan ketenteraan berlaku seiring usaha diplomatik antara Amerika dan Iran yang kini selesai pusingan kedua rundingan nuklear di Geneva, Switzerland
01:19pada selasa.
01:21Naib Presiden AS J.D. Vance menyifatkan rundingan tersebut sebagai produktif dalam beberapa aspek namun menyatakan Tehran masih belum bersedia
01:30berbincang mengenai garis merah yang ditetapkan Trump.
01:34Menteri Luar Iran, Abbas Araqci pula berkata rundingan kedua itu menunjukkan kemajuan dan menyifatkan suasana perbincangan lebih membina.
Comments