00:00Presiden AS Donald Trump menegaskan lembaga keamanan BOP yang baru ditubuhkan akan bekerjasama rapat dengan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu sambil
00:10memantau keberkesanan badan antarabangsa itu.
00:13Trump menyifatkan BOP sebagai badan penyelia yang memantau PBB bagi memastikan ia berfungsi dengan baik, mempunyai kemudahan mencukupi dan menerima
00:23pembiayaan sewajarnya.
00:27Dalam mesyuarat pertama badan itu di Washington, Trump menyifatkan PBB sebagai organisasi yang mempunyai potensi besar dan berkeyakinan ia mampu
00:35mencapai tahap terbaiknya melalui pembaruan yang dipacu kepimpinan tegas.
00:39Dalam ucapan itu, beliau umumkan sumbangan besar Washington berjumlah $10 bilion Amerika bagi membiayai inisiatif BOP untuk menyelesaikan konflik global
00:49dengan tumpuan awal kepada pembinaan semula Gaza serta usaha kestabilan wilayah.
00:54Trump menyenaraikan negara yang telah menyumbang lebih $7 bilion kepada bantuan Gaza termasuk Arab Saudi, Kazakhstan, Azerbaijan, Imidah Arab Bersatu,
01:04Maghribi, Bahrain, Qatar, Uzbekistan dan Kuwait.
01:07Beliau menambah bahawa Indonesia, Maghribi, Albania, Kosovo dan Kazakhstan telah komited menghantar anggota tentera dan polis untuk menstabilkan Gaza, manakala
01:17Mesir dan Jordan menyediakan bantuan besar berangkumi latihan, sokongan dan pasukan keselamatan Palestine yang dipercayai.
01:25Trump menegaskan bahawa keamanan adalah sesuatu yang sukar dicapai namun boleh direalisasikan melalui kerjasama antarabangsa yang konsisten dan kepimpinan yang
01:35berprinsip.
01:35Menurutnya, keamanan adalah perkataan yang mudah diucap tetapi sukar dihasilkan.
01:41Beliau bukan sekadar mahumbawa keamanan tapi mastikan keamanan itu berkekalan.
01:46Terima kasih telah menonton!
Comments