Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Krisis bahan api di Cuba memaksa penduduk dan pemilik perniagaan beralih kepada tenaga solar untuk memastikan operasi harian berjalan ketika pemadaman elektrik yang semakin buruk. Dari kafe hingga beca hibrid, tenaga solar menjadi penyelamat di Havana.
Transcript
00:00Ini pula perkembangan mengenai krisis tenaga di Cuba yang semakin meruncing.
00:05Ketika ini, semakin ramai penduduk dan pemilik perniagaan beralih kepada penggunaan tenaga solar
00:11bagi memastikan operasi asas dapat diteruskan sewaktu gangguan elektrik yang kerap dan lama.
00:19Di sebuah kafe di Havana, pekerja memasang panel solar di atas bumbung
00:24bagi memastikan skrin, sistem pesanan digital dan peralatan dapur kekal beroperasi.
00:30Pemiliknya Darim Soto Navarro berkata mereka pernah menggunakan generator mudah alih
00:36namun bekalan diesel kini semakin sukar diperoleh dan mahal untuk ditampung.
00:42Pemasang sistem solar, Raidel Kano berkata permintaan kini melonjak
00:46kerana gangguan elektrik yang semakin kerap serta usaha perniagaan swasta
00:51mengelakkan penggunaan elektrik melebihi had ditetapkan kerajaan.
00:56Saya ingkrementa demanda, solicitudan klien yang berkembang.
01:02Ini adalah produk dari kemungkinan yang ada di kualiti dengan apagunan di Cuba.
01:08Di negara yang tersebut, pelan yang perlu dikumpulkan,
01:12kami boleh memastikan panel untuk tidak membuat pelan yang ada
01:17dan untuk membuat pelan yang ada dikumpulkan kualiti.
01:30Di Hawana, penggunaan solar kini muncul dalam bentuk yang lebih kreatif
01:34sehinggakan seorang penunggang beca memasang panel solar pada becanya
01:38membolehkan kenderaan itu dicas tanpa bergantung kepada petrol.
01:43Selain itu, rata-rata penduduk juga memasang panel solar di bumbung rumah
01:47bagi membantu mengekalkan fungsi asas
01:50seperti televisyen, internet dan mengecas telefon.
01:54Krisis tenaga ini bertambah buruk
01:56selepas Amerika Syarikat menyekat ekspor minyak Venezuela ke Cuba
02:00sejak pertengahan Disember
02:01menyebabkan bekalan mentah dan bahan api terhenti.
02:05Kekurangan bahan api ini menambahkan lagi tekanan ke atas Cuba
02:09yang telah lama berdepan masalah lain
02:11seperti kekurangan makanan, kemerosotan ekonomi dan sekatan antarabangsa.
Comments

Recommended