00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB melaporkan tindakan kumpulan Rapid Support Forces RSF ketika menawan bandar Al-Fashir di Sudan mempunyai
00:10ciri-ciri yang semakin hampir kepada genocide.
00:13Menurut misi pencarian fakta antarabangsa PBB, ribuan penduduk bukan Arab dibunuh dan dirogol selepas RSF menawan bandar itu pada Oktober
00:23tahun lalu.
00:26Sebelum serangan tersebut, RSF mengepung Al-Fashir selama 18 bulan dan mengenakan syarat hidup yang dikatakan bertujuan memusnahkan komuniti bukan
00:35Arab, khususnya etnik Zagawa dan FUR.
00:39Laporan itu menyatakan bukti menunjukkan RSF melaksanakan tindakan terancang dan berulang ke atas individu berdasarkan etnik, jantina dan kaitan politik
00:48termasuk pembunuhan besar-besaran, rogol dan penyeksaan.
00:52Misi PBB itu ditubuhkan melalui mandat Majlis Hak Asasi Manusia PBB disokong beberapa negara termasuk Britain untuk menyiasat segera pencabulan
01:03undang-undang antarabangsa di Al-Fashir dan sekitarnya.
01:07Dalam sesi Majlis Keselamatan PBB pada Khamis, pegawai kemanusiaan pula memberi amaran bahawa keadaan wanita dan kanak-kanak perempuan semakin
01:15meruncing sejak pentempuran bermula hampir tiga tahun lalu.
01:19Pegawai kanan bantuan PBB, Idem Wasonu berkata, keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan meningkat ke tahap bencana dengan pemintaan
01:29terhadap perkhidmatan pelindungan meningkat 350%.
01:33Kes rogol yang dilaporkan hampir tiga kali ganda namun disifatkan hanya sebagian kecil daripada angka sebenar.
01:41Beliau turut melaporkan peningkatan kes mutilasi janital wanita, keganasan rumah tangga, pemberdagangan, perkahwinan paksa serta kebuluran yang kini mengancam jutaan
01:52kanak-kanak dan wanita hamil.
01:55Keganasan seksual kini menjadi ciri utama perang dengan lebih 1,294 kes rogol berkaitan konflik didokumentasikan.
02:03Banyakannya didakwa dilakukan RSF dan kumpulan sekutu didafur.
02:09Menteri Luar Britain Yvette Cooper menyifatkan laporan itu sebagai kisah penyiksaan dan pembunuhan yang paling mengerikan, termasuk serangan terhadap hospital
02:17dan konvoy bantuan kemanusiaan.
02:19Amerika Syarikat pada Khamis turut mengenakan sekatan terhadap tiga komanda RSF atas peranan mereka dalam pengempungan 18 bulan dan penawanan
02:30Al-Fashir menuduh mereka terlibat dalam pembunuhan sistematik dan meluas.
Comments