Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Polis sedang mengesan individu yang dipercayai menjual mercun dan bunga api tidak sah susulan insiden seorang lelaki cedera parah sehingga putus kaki kiri paras lutut ketika bermain mercun di Segamat, pada Selasa.
Transcript
00:00Seterusnya, polis sedang mengesan individu yang dipercayai menjual mercun dan bunga api tidak sah.
00:07Susulan insiden seorang lelaki cedera parah sehingga putus kaki kiri paras lutut ketika bermain mercun di Segamat pada Selasa.
00:15Ketua Polis Johor, Dato' Ebi Rahman Arsad berkata, siasatan awal mendapati bunga api yang digunakan mangsa berusia 32 tahun itu
00:23adalah jenis yang tidak diluluskan dan dipercayai dibeli secara tidak sah.
00:30Katanya, mercun atau bunga api yang dibeli dan digunakan mangsa adalah daripada kategori tidak diluluskan dan tidak tersenarai dalam 45
00:38jenis bunga api yang dibenarkan untuk pemilikan dan pengimportan.
00:42Tindakan tegas turut diambil terhadap penjual atau pemegang lesin yang menjual mercun dan bunga api tidak sah termasuk pembatalan lesin.
00:49Kalau terkesan, kita akan batalkan lesin mereka yang menjual bunga api atau mercun yang tidak dalam senarai yang diluluskan.
01:00Dan mereka perlu mendapatkan lesin terlebih dahulu untuk mereka memiliki mercun dan bunga api.
01:09Dan pihak polis terutama di Johor, kita akan menguatkuasakan pemeriksaan dan juga kawalan ke tempat-tempat penyimpanan ataupun store magazine
01:20mana mereka menyimpan bunga api dan mercun ini.
01:23Kes kini disasat di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan mangsa kini menerima rawatan di
01:31sebuah swasta di Melaka dan dalam keadaan stabil.
01:34Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki kudung kaki kiri selepas bunga api yang dipasang meletup di hadapan rumahnya di Taman
01:40Damai Jaya, Bukit Siput, Segamat.
01:42Ketua Polis Daerah Segamat, Superintender Mahmud Juman Zahir Cik Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam
01:49ketika mangsa yang berusia lingkungan tiga puluhan bermain bunga api sebelum berlaku letupan.
Comments

Recommended