00:00Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Sabah hari ini membabitkan Beluran, Kota Marudu dan Pitas.
00:07Jabatan Meteorologi Malaysia, MAD Malaysia dalam hantaran memaklumkan amaran hujan berterusan tahap buah sepada turut dikeluarkan bagi negeri sama
00:16membabitkan kawasan pantai barat, ranau dan Kota Belut, Telupit dan Sandakan serta Kudat.
00:22Dalam perkembangan berasingan, MAD Malaysia memaklumkan ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda Kuching, Sarawak
00:31selain beberapa kawasan pedalaman Sabah termasuk Nabawan dan Tawau.
00:36Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm per jam
00:43yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
00:46Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi 6 jam untuk satu-satu keluaran.
00:54Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MAD Malaysia, aplikasi MyCuaca
01:02atau menerusi platform media sosial Jabatan itu selain menghubungi talian hotline untuk sebarang pertanyaan.
Comments