Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Stesen penyiar negara Iran, IRIB melaporkan, sebuah jet pejuang milik mereka terhempas lewat malam tadi, mengorbankan seorang daripada dua juruterbang di dalamnya.
Transcript
00:00Kita beralih ke berita antarabangsa. Sebuah jet pejuang Iran terhempas lewat malam tadi mengorbankan seorang daripada dua juruterbang di dalamnya.
00:09Menurut Stesen Penyiar Negara Iran, IRIB, pesawat tentera udara itu terhempas masa latihan lewat malam di wilayah Hamedan di barat
00:19Iran.
00:19Dalam satu kenyataan di Telegram, IRIB berkata pihak berkuasa Iran sedang menyiasat punca sebenar nahas.
00:27Iran kini berada di tengah ketegangan yang semakin meningkat berhubung kemungkinan serangan AS ke atas Iran ketika Moskow dan Tehran
00:36mengadakan latihan tentera laut.
00:38Amerika telah meningkatkan kehadiran tenteranya secara besar-besaran di Asia Barat dan Presiden Donald Trump memberi amaran kepada Tehran supaya
00:47mencapai perjanjian dengan Washington sambil membayangkan kemungkinan tindakan ketenteraan akan dilakukan.
00:54Pada Khamis, Moskow dan Iran mengadakan latihan tentera laut di Laut Oman.
Comments

Recommended