00:00Tengku Mangkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Syah semalam berkenan berangkat menziarahi waris kepada 5 sekeluarga yang maut dalam tragedi
00:09menyayat hati di Taman Cerating Damai.
00:11Menurut hantaran di Facebook, Kesultanan Pahang, baginda turut menyantun serta mengurniakan sumbangan kepada keluarga mangsa.
00:19Turut mengiringi baginda ialah pegawai daerah Kuantan, Datuk Syaruddin Jali dan Ketua Polis Daerah Kuantan, SCP Ashari Abu Samah.
00:27Pada Rabu, jenazah 5 sekeluarga berkenaan selamat dikebumikan dalam 2 liang lahat di Tanah Pekuburan Islam Kampung Budaya Cerating pada
00:36jam 7.20 malam.
00:38Tuan Kamariah Tuan Putih, 56 tahun, dikebumikan bersama menantunya Nurul Asyikin Kamaruzaman, 33 tahun, serta 2 cucu Nur Sumayah Humairah,
00:492 tahun dan Nur Safiyah Humairah, 5 tahun, dalam 1 liang lahat.
00:53Manakala jenazah anak lelaki Tuan Kamariah yang berusia 32 tahun pula dikebumikan secara berasingan beberapa meter dari kubur utama dalam
01:03kawasan tanah perkuburan sama.
01:05Tragedi ini meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat setempat dengan orang ramai dan pihak berkuasa tampil menzahirkan sokongan kepada keluarga mangsa.
01:14Terima kasih kerana menonton!
Comments