00:00Seorang lelaki yang dikatakan mendera anak tirinya menerusi video tular baru-baru ini ditahan polis dan didakwa di Mahkamah Kuala
00:08Lumpur pada 26 Disember lalu.
00:11Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Fadhil Marsus berkata pihaknya mengesan satu rakaman video tular di media social threats pada 19
00:19Februari 2026.
00:20Beliau berkata video berdurasi dua minit itu memaparkan seorang lelaki bertindak memukul, mengasari dan menendang seorang kanak-kanak perempuan berusia
00:30empat tahun selain mengarahkannya berlari berulang kali.
00:34Semakan mendapati pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu lebih awal iaitu pada petang 19 Disember 2025 daripada seorang wanita
00:44yang juga ibu mangsa.
00:45Pengadu memaklumkan telah melihat beberapa rakaman video menunjukkan suspek melakukan penderaan mental dan fizikal terhadap anaknya.
00:56Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kediaman serta sekitar kawasan setapak.
01:01Susulan laporan diterima satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31-1-A Akta Kanak-Kanak 2001.
01:10Fadil berkata, orang ramai disarankan agar segera membuat laporan polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kes penderaan khususnya membabitkan kanak-kanak.
01:21Terima kasih telah menonton!
Comments