Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Menteri Digital Gobind Singh Deo menegaskan komitmen Malaysia dalam membentuk ekosistem AI global yang lebih saksama susulan jemputan ke Sidang Kemuncak Impak AI India 2026. Sidang kemuncak itu menghimpunkan 35,000 pemimpin global dan menekankan pembangunan AI berteraskan manusia, planet dan kemajuan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia komited untuk memainkan peranan aktif dalam membentuk ekosistem kecedasan buatan AI global yang lebih saksama dan inklusif.
00:09Menteri Digital Gobind Singh Dio berkata, komitmen ini diperkukus selepas telawatan rasmi Perdana Menteri India Narendra Modi ke Malaysia baru
00:17-baru ini yang memberi impak ketara kepada hala tuju pendigitalan negara.
00:22Dalam hantaran di PlatformX, Gobind berkata Malaysia berbesar hati menerima jemputan ke Sidang Kemuncak Impak AI India 2026 Sidang Kemuncak
00:32AI Global Pertama yang dianjurkan di Global South.
00:36Beliau menyifatkannya sebagai platform penting untuk memajukan pembangunan AI yang bertanggungjawab serta berorientasikan rakyat.
00:44Menurut laporan media antarabangsa, Sidang Kemuncak yang bermula 16 Februari di New Delhi menghimpunkan lebih 35,000 pemimpin dari lebih
00:54100 negara termasuk tokoh industri teknologi global.
00:58Gobind berkata, Sidang Kemuncak itu berteraskan tiga prinsip utama, manusia, planet dan kemajuan serta menekankan keperluan mengurangkan jurang AI global
01:09melalui hasil nyata, rangka kerja-kerjasama dan keputusan yang boleh diukur.
01:15Beliau menantikan penglibatan bermakna sepanjang Sidang Kemuncak itu dan berharap dapat membawa pulang pandangan serta kerjasama baru untuk memperkukuh agenda
01:24transformasi digital Malaysia.
01:26Sidang Kemuncak ini turut mempamerkan teknologi dan aplikasi AI merentasi sektor industri, kewangan, kesihatan dan keselamatan sekaligus memperlihatkan potensi penyelesaian
01:38praktikal AI dalam pembangunan negara.
Comments

Recommended