00:00Kerajaan Johor akan menyelaraskan kadar sewaan tapak bazar Ramadan yang dikendalikan sektor swasta bermula tahun depan.
00:08Pegerusi Jawatan Kuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Matsyuko berkata,
00:13langkah itu diambil susulan terdapat lokasi tertentu yang dikesan mengenakan kadar sewa terlalu tinggi kepada peniaga.
00:23Jelasnya buat masa ini, Kerajaan Negeri telah menyelaraskan kadar sewa di semua 16 pihak berkuasa tempatan
00:29dengan hard maksimum RM500 dan ke bawah bagi peniaga yang menyewa terus.
00:34Namun bagi sektor swasta, belum ada kawalan ditetapkan dan penyelarasan akan dilaksanakan tahun depan.
00:40Katanya terdapat peniaga yang mampu menjana pendapatan antara RM50,000 hingga RM60,000 sepanjang Ramadan
00:46selain menyifatkan kadar sewa lebih tinggi, masih dianggap berpatutan bergantung kepada jenis perniagaan.
00:53Menurutnya penyelarasan akan bersifat fleksibel mengikut lokasi dan fasiliti yang disediakan
00:58dengan keuntungan penganjur dihadkan kepada 30% daripada kadar sewaan petak.
01:04Sebagai contoh, bagi sewaan RM1,000, kos sebenar sekitar RM700 meliputi penyediaan apron,
01:11perkhidmatan pembersihan, keselamatan dan kemah, manakala keuntungan bersih dianggap RM300.
01:18Setakat ini, Johor mempunyai 224 lokasi Bazar Ramadan dengan 13,576 petak sewa diluluskan tahun ini,
01:27meningkat 819 petak berbanding tahun lepas.
Comments